My Accesories

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, May 09, 2012

Sejarah Sekolah TInggi Kluang


SEJARAH PENUBUHAN
 

Sejarah Sekolah TInggi Kluang
Sejarah Sekolah Tinggi Kluang bermula dengan penubuhan Government English School (GES) di Dewan Volunteer Drill Hall, Jalan Hospital Kluang. Sekolah GES ini mula beroperasi pada minggu pertama Januari 1939. Namun atas tujuan  pendidikan, bangunan Sekolah Tinggi Kluang (STK)  yang terdiri daripada dewan sekolah, bilik guru dan rumah pekerja yang baru dan lengkap dibina di Jalan Sekolah, di Daerah Kluang, Johor mula beroperasi sejak bulan Julai 1939. Nama Sekolah Tinggi  Kluang (STK) telah  bertukar beberapa kali mengikut perkembangan zaman seperti berikut:

Januari 1939     -           Government English School                      (GES)                       
1958                 -           Secondary English School                        (SES)
1970                 -           Sekolah Menengah Inggeris Kluang           (SMIK)
1980                 -           Sekolah Tinggi Kluang                                
1997                 -           Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kluang (SMKTK)                                             
2001 hingga sekarang – Sekolah Tinggi Kluang (STK)
Nama ini dikekalkan memandangkan sekolah ini merupakan sebuah sekolah tertua di daerah Kluang, Johor.

Bangunan asal Government English School atau GES (kini STK)  bersama Dewan GES (kini Dewan Bestari)  telah  ditubuhkan oleh penjajah British  pada bulan Julai 1939. Bangunan ini dibina di atas tanah seluas 4.5 hektar dengan kos pembinaan sebanyak f50,0000. Bangunan asal Sekolah Tinggi Kluang (STK) ini juga mencatat peristiwa sejarah apabila telah dirasmikan oleh Yang Mulia Tengku Temenggong Ahmad, Kerabat Diraja Johor pada bulan Julai 1939. Sejak penubuhannya, Sekolah Tinggi Kluang  telah  ditadbir oleh Encik Koe Ewe Teik sebagai pengetua yang pertama dari Januari 1939 hingga April 1946 dan dari Januari 1946 hingga Januari 1948. Pada masa itu, tenaga pengajarnya berjumlah 5 orang yang terdiri daripada Encik Peter James Danker, Encik A.C Lewis, Encik Koe Ewe Teik, Encik Daud Bin Mohd. Amin dan Encik Leslie K. Cheah. Bilangan pelajar pada masa itu hanya 20 orang.

Kursus Pembinaan Blog untuk Guru Penyelaras Bestari (GPB)

Kursus Pembinaan Blog untuk Guru Penyelaras Bestari (GPB)

Tarikh : 9-10 Mei 2012
Tempat : PKG Bandar Kluang
Penceramah : En Ismail Bin Yon
                     (Guru Cemerlang Media SMK Jln Mengkibol)

Kursus yang diadakan bertujuan membimbing GPB yang masih belum membuka akaun blog untuk tujuan diaplikasikan kepada Pembestarian Blog Sekolah-Sekolah Daerah Kluang.