SEJARAH PENUBUHAN
Sejarah Sekolah TInggi Kluang
Sejarah Sekolah Tinggi Kluang bermula dengan
penubuhan Government English School (GES) di Dewan Volunteer Drill Hall, Jalan
Hospital Kluang. Sekolah GES ini mula beroperasi pada minggu pertama Januari
1939. Namun atas tujuan pendidikan,
bangunan Sekolah Tinggi Kluang (STK)
yang terdiri daripada dewan sekolah, bilik guru dan rumah pekerja yang
baru dan lengkap dibina di Jalan Sekolah, di Daerah Kluang, Johor mula
beroperasi sejak bulan Julai 1939. Nama Sekolah Tinggi Kluang (STK) telah bertukar beberapa kali mengikut perkembangan
zaman seperti berikut:
Januari 1939 - Government English School (GES)
1958 - Secondary English School (SES)
1970 - Sekolah Menengah Inggeris Kluang (SMIK)
1980 - Sekolah Tinggi Kluang
1997 - Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi
Kluang (SMKTK)
2001 hingga sekarang – Sekolah Tinggi Kluang (STK)
Nama ini dikekalkan memandangkan sekolah ini
merupakan sebuah sekolah tertua di daerah Kluang, Johor.
Bangunan asal Government English School atau GES
(kini STK) bersama Dewan GES (kini Dewan
Bestari) telah ditubuhkan oleh penjajah British pada bulan Julai 1939. Bangunan ini dibina di
atas tanah seluas 4.5 hektar dengan kos pembinaan sebanyak f50,0000. Bangunan
asal Sekolah Tinggi Kluang (STK) ini juga mencatat peristiwa sejarah apabila
telah dirasmikan oleh Yang Mulia Tengku Temenggong Ahmad, Kerabat Diraja Johor
pada bulan Julai 1939. Sejak penubuhannya, Sekolah Tinggi Kluang telah
ditadbir oleh Encik Koe Ewe Teik sebagai pengetua yang pertama dari
Januari 1939 hingga April 1946 dan dari Januari 1946 hingga Januari 1948. Pada
masa itu, tenaga pengajarnya berjumlah 5 orang yang terdiri daripada Encik
Peter James Danker, Encik A.C Lewis, Encik Koe Ewe Teik, Encik Daud Bin Mohd.
Amin dan Encik Leslie K. Cheah. Bilangan pelajar pada masa itu hanya 20 orang.